12.5.13

Doa-doa Selepas Bersin


Saya tak berapa sihat hari ini. Berhingus cair, berair mata, dan banyak kali bersin.

Pagi tadi masa saya buat assignment, saya terbersin.

"Ahchoo... Alhamdulillah."

Epi yang sedang menonton Eyeshield di sebelah sangat beradab. Dia menjawab bersin saya

"Yarhamkallah."

Saya tersenyum sendiri, mengenangkan berapa kerat sahaja anak muda seperti Epi. Kemudian saya menjawab kembali

"Yahdina wayahdi kumullah."



Indahnya persahabatan dalam Islam. Belum sempat saya tersenyum lebih lama saya terbersin lagi sekali

"Ahchoo..."

"AH SUSAH LA AKU KALAU KERAP MACAMNI!" Rungut Epi.

1.5.13

Kisah Lalat yang Menginsafkan


Ada seekor lalat berdekatan dapur. Saya menghalaunya

"Shuh shuh nak masak ni."

Tetapi dia enggan beredar. Namun bila sahaja saya memetik api dapur, lalat itu terus terbang, kepanasan barangkali.

Setelah mencampurkan semua bahan masakan, saya sengaja membuka penutup kuali dan mengibas-ngibas aroma masakan ke arah lalat itu.

"Bau sedap dak? Mai la sini rasa."

Lalat itu sedikit pun tidak menghiraukan saya. Dia berterusan memusing lampu dapur mengikut arah lawan jam, seakan bertawaf.

Tiba-tiba saya tersentap.

Lalat itu tahu walaupun dia memang inginkan makanan tersebut, tetapi jika dia menghampirinya ia akan membawa kepada kecelakaan terhadap dirinya, jadi dia menahanan nafsunya. Kita ni manusia dah tau dah benda tu tak elok untuk diri kita, tapi masih juga buat. Nampaknya sistem nilai lalat ini lagi rasional dari kita (saya).


Kemudian lalat itu hinggap di bahu kanan saya. Dia perlahan-lahan berjalan ke arah telinga sambil membisikkan sesuatu. Saya cuba menangkap suara yang maha rendah itu.

"Bukan zebab panaz, hang mazak tak sedapzz."

11.4.13

'Smara Malam Selasa


Aku sedang menunggu pintu garaj dibuka. Malam itu sang eskapis berbasikal ke Sill Street, melarikan diri dari gua akademik di Lawson, seberang jalan.

Laju juga aku berkayuh. Beberapa hari sebelum, temanku bercerita dia hampir terlompat disergah makhluk aneh dari atas pokok. Rupanya angkara anak-anak aborgines, menyakat orang seperti Belalang menggertak Nyawa dan Badan.

Aku lihat ada satu kereta sedan kelabu di hadapan rumah sebelah. Enjinnya hidup, pintu kirinya sedikit terbuka. Cahaya kekuningan lampu di dalamnya meruak segan ruang kereta. Ada orang. 

Dua orang sedang bermesra dan berkasih.

Nampak seperti Caucasian, hidung mancung.

Telahanku benar apabila seorang perempuan berkulit cerah keluar daripada kereta. Blaus tradisional putih yang dikenakannya dengan renda tanpa tumit tinggi membuatkan siapa sahaja tampak manis begitu. Beda sangat dengan fesyen daring kebanyakan yang kutemu di kampus dan lereng bandar, jelek.

Dia membuka pintu rumah sebelum menyandar sebelah bahu padanya, sambil melambai kepada buah hati tersayang. Walaupun bibirnya menguntum senyum, matanya berkaca merajut emosi yang nampak seperti tidak terbendung lagi.

Dia toleh ke arahku, perasan diperhati.

Cepat-cepat kualih muka ke tepi, berpura tertarik dengan garaj rumah, yang entah bila akan dibuka!

Aduh, bagaimana dia boleh perasan.

Apalah yang lama sangat budak-budak ni nak tekan butang garaj.

Sambil membelek-belek kuku, aku curi pandang ke arah mereka bila terdengar bunyi kaki orang berlari.

Mereka berpelukan.

Aww.

Gayanya seperti bakal berpisah panjang. Besok barangkali bakal datang dengan seribu beban rindu, mungkin berjuta pada hilangnya separuh nyawa. Yang tinggal hanya tatapan jauh, hangat tidak pada erat tubuh.

Ah, terbawa-bawa pula aku dengan kisah cinta mereka. Bukankah pemandangan begitu biasa saja, mahu bernaratif panjang kenapa?


Basikal sudah disimpan. Aku mendapatkan komputer riba teman untuk diguna sebentar.

"Apa password?"

"Gabung nama aku dengan Ina."

"Kau pun?"

8.4.13

Lalang : Satu Pencerahan



Terlalu banyak salah faham tentang Lalang.

Definisi Lalang

Ada beberapa tafsiran yang cuba diberikan kepada golongan Lalang. Antaranya golongan atas pagar, middle ground, third force, neutral.

Apa sahaja yang anda mahu namakannya, anda harus sedar akan perbezaan dua metodologi untuk sampai kepada tafsiran ini - ignorant atau informed way.

Jika keputusan anda untuk mengiktiraf diri anda sebagai Lalang (atau apa sahaja nama) dibuat setelah membaca, mendengar, menyelidik dan meneliti landskap politik semasa, maka itu adalah satu informed decision dan yang terbaik yang anda boleh capai.

Tetapi jika anda menjadi Lalang kerana malas nak ambil pusing hal politik, merasa kononnya parti-parti politk di Malaysia tidak langsung berguna dan tak boleh diharap, berhentilah memanggil diri anda Lalang.

Lalang itu walau mudah ditiup angin, tapi berakar dia. Tumbuhnya dengan menyedut mineral dan menatang matahari.

Anda yang tidak mengambil cakna sekeliling bukan Lalang, tapi mungkin benih mati. Tidak berani bercambah, perasan berprinsipil megah.

Neutral yang bermasalah

Ada beberapa masalah dengan terma neutral.

Jika anda nampak seorang perempuan diragut beg tangannya oleh seorang pencuri dan perempuan itu datang meminta tolong, adakah anda akan jawab

"Sorry la cik, tak boleh tolong. Saya neutral."

Tidakkah sikap neutral anda itu bermasalah?

Apatah lagi perempuan itu cun.

Daripada asyik berlakon kononnya kita ini neutral, sebagai topeng menutup kejahilan murokkab, lebih baik la kita jawab begini bila ditanya pendapat tentang sesuatu isu

"Sorry aku tak tau, aku tak banyak baca."

"Saya neutral" menjadi terlalu overrated, dan banyak diguna untuk menjustifikasikan kemalasan diri untuk melawan hujah-hujah orang yang berhempas-pulas mencari kebenaran dalam sesuatu isu.

Kita bukan perlukan orang neutral, kita perlu orang kritikal.

Menangkan Lalang?

Filpen ini bukan untuk menggalak atau memenangkan golongan Lalang, tetapi cuba menghurai bagaimana golongan ini bercambah, hasil baja politik tidak matang pengikut-pengikut parti politik. Ya, pengikut-pengikut parti politik. Tidak ingin disentuh pun kepimpinan, apatah lagi prinsip, polisi, manifesto parti poilitik anda.

Mungkin filpen itu terlalu surreal sehingga watak lakonan dinisbahkan kepada realiti hidup pelakon. Hairan sekali saya membaca komen-komen seperti

"Tak sangka Matluthfi tak ambil tahu hal politik."

Entah bagaiamana seseorang yang tak ambil tahu hal politik dapat menulis cerita politik. Antara magis di Malaysia.

Tapi komen yang paling banyak datang daripada kalangan yang bersorak

"Bagus Matluthfi! Kita geng Jiwa Kosong!"

Tak kita tak ada geng. Cukup la polarisasi yang wujud di Malaysia.

Dan jiwa kita tak boleh kosong, kena isi.

Perut takpa :)

6.4.13

Esperance Trip


Apabila diajak kawan untuk menyertai trip cuti Easter kali ni, saya dengan skeptiknya bertanya ada apa di sana?


Sebab saya tak tahu apa sangat yang menarik di Esperance, dan saya memang tak berapa suka berjalan. Tapi saya sertai juga bila teringat pesan Taka

“Kalau moving on kau kronik, travel is the best distraction.”

Waverock

Dalam perjalanan, kami singgah di Waverock. Ya, Waverock ialah tempat di mana ada batu berbentuk ombak. Di situ juga ada Hippos Yawn, batu berbentuk badak menguap.

Ya saya tau lawak.

Bayangkan bila orang Australia datang kubur Malaysia dan tanya

“Ini batu apa?

“Batu nisan.”

“Kenapa batu ini tidak berbentuk Nissan?”

“Err.. pasai dia accident naik Proton?”

Masing-masing cuba mereka teori bagaimana Waverock terhasil. Setelah berbincang, kami mencapai konsensus untuk percaya bahawa di sinilah tempat Si Tanggang disumpah ibunya.

Nampaknya sumpahan itu terkena ombak sekali.

Wind farm

Esperance ada wind farm (ladang angin? ladang kipas angin? ladang janakuasa angin hah!). Rasanya wind farm memang bersepah di bahagian selatan Australia Barat. Budak-budak perempuan meminta Epi, seorang rakan jurusan kejuruteraan menerangkan bagaimana wind turbine berfungsi. Dengan mudah dan yakin sekali dia menerangkannya dengan bantuan papan tanda di situ. Lalu saya tanya mengapa ada satu kipas turbin yang tidak berfungsi

“Mane aku tau, aku belajar chemical la gile.”

Pantai

Esperance ada pantai dan laut yang sangat cantik. Pantainya sangat bersih sehingga Lynas sendiri tak sanggup membuang sisa nadir bumi di situ. Lautnya sangat jernih sehingga saya takut untuk terjun ke dalamnya kerana hati saya kotor dan akan mencemarkannya.

Kami berbaris membuat rapat umum melawan arus ombak. Macam demonstrasi Bersih.

Macam demonstrasi menentang Malayan Union juga :)

“Hidup hidup!”

“Mahasiswa!”

Kasihan mahasiswa luar negara, tak dapat berdemo melawan autoriti, melepas gian menentang ombak. Hebatnya kami berdepan badai, tak terlerai sikit pun pautan lengan.

“Hah mai la lagi! Mai lagi!

“Kami pejuang!”

“Kalau bagi machine gun kami turun la Lahad Datu!”

Gagah sungguh melaung. Lupa kepada siapa kami melaung.

Lintang-pukang kami lari bila nampak ada obor-obor kecil melintas.




Selain Waverock, wind farm dan pantai, Esperance juga ada kawan-kawan yang baik :)

Yang sanggup memandu 8 jam sehingga termuntah,

yang cuba meneman walau tersengguk di sebelah,

yang baik hati menyedia makanan,

yang tersenyum manis ramah melayan.

Terima kasih :)

“Travel helps reset your current path for a bit,

reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday,

and makes your problems small compared to it.

Go travel, gi supermarket guna jalan jauh." - Taka.

18.3.13

Kasut Roda


Masa sekolah rendah saya pernah minta Abah belikan kasut roda. Jadi dia belikan

sepasang roller skates.

Saya tak minat sangat roller skates, nampak feminin, nampak macam penari balet.

Jadi tahun lepas saya beli sendiri rollerblades di Salvation Army, pengubat keinginan yang terpendam belasan tahun.

Takut (,) malu

Disebabkan saya takut jatuh dan malu digelakkan orang, saya pergi bermain seorang diri di Canning College selepas semua pelajarnya pulang.

Semasa petang hanya ada saya dan sekumpulan burung persis kakak tua tapi berwarna putih, yang singgah sebentar sebelum terbang semula ke destinasi seterusnya, dalam suku jam sebelum maghrib.

Burung-burung ini sibuk memagut entah apa daripada kawasan rumput kolej sehingga tak berganjak walau saya ke hulu ke hilir meluncur di sebelah.

Tapi bila saja saya terjatuh,

mereka semua akan berhenti memagut dan ramai-ramai memandang ke arah saya dengan reaksi mengejek.

“Tengok tengok apa? Hampa ingat hampa burung kakak tua putih berasa superior dari burung kakak tua Melayu?” Saya membuat provokasi perkauman.

Harap mereka faham saya bergurau.

Disebabkan burung pun mempersendakan saya, saya ambil keputusan untuk bermain pada malam hari. 

Tapi minggu lepas, datang satu kereta laju membelah sunyi malam memecut ke arah saya.

Saya yang tiada upaya fizikal yang kuat, mengeluarkan satu-satunya senjata yang saya ada.

Doa.

(Doa kan senjata mukmin.

- Mukmin la sangat).

“Ya Allah aku tau aku selalu cari Kau bila susah ja ya Allah, tapi aku janji ni last. Please!”

Kereta diperlahan dan kelihatan dua orang polis menggelengkan kepala melihat saya. Tak percaya masih ada orang menghabiskan malam tanpa internet barangkali.

Saya senyum sahaja kepada mereka.

Kacak jugak.

Jatuh (,) seret

Saya pernah perasan jaguh lalu beranikan diri berkasut roda ke kelas.

Well sebenarnya saya dah terlambat ke kelas.

Maka saya ingat kasut roda akan membantu perjalanan saya.

Saya ingat.

Sedar tak sedar, saya sedang meluncur di salah satu jalan tercuram di kampus.

Laju, laju gila.

Laju seperti soldadu papan kunci Malaysia menaip.

Sebuah kereta yang baru masuk dari jalan utama sedang bergerak ke arah saya dari arah bertentangan.

“Ya Allah aku janji ni last!”

Kereta itu berhenti. Sudah dapat membaca barangkali bahasa tubuh saya yang kurang meyakinkan.

Saya yang sudah kematian akal, mencari-cari tanah lapang untuk pendaratan cemas.

Syiuww terjun.

Debuk! Adoi!

Sambil membersihkan lengan dan pakaian daripada tanah, saya lihat ada beberapa orang yang lalu-lalang mentertawakan saya.

Saya membalas dengan senyuman, sebelum bangun semula menuju ke kelas.

"Hampa dah nampak aku jatuh. Lepaih ni dah tak malu lagi nak jatuh" :)

Tahu (,) yakin

Lepas saya tahu cara yang betul dan yakin sikit, saya berkasut roda ke surau. Ramai yang tersenyum bila melihat ada orang ke surau sedemikian rupa. Saya pulangkan senyuman, dalam hati cakap

“Orang mude geng kite boh.”

Tapi mana depa paham Melayu.

Dua hari lepas, Tok Imam nampak saya berkasut roda dan tegur

“Well that’s a new way coming to musolla.”

“Hee thanks.” :D

Itu ja lah yang mampu cakap. Dalam hati sebenarnya ada dorongan sarkastik yang kuat untuk jawab

“But the malaikah would count it less because I take less steps on the way here.”

Tapi saya tahan saja bila memikirkan imam tu memandu kereta ke surau.




Saya belek semula kasut roda ni dan perasan tayarnya semakin nipis diseret tar jalan.

Terseret bersama rasa takut dan malu dahulu.

Teringat kata orang yang membelikan kasut roda pertama saya

“Abah tak takut hang jatuh. Abah takut hang takut jatuh, dan tak mau bergerak.”

8.3.13

Of Mama’s novels, Anis’s doa, and Aina’s tolerance.


Saya dibesarkan bersama 3 sosok kerabat perempuan.

Mama

Mama gemar membaca novel-novel tentang kehidupan seperti The Kite Runner dan Laskar Pelangi.

Berkali-kali dia mengulang novel yang sama sehingga lusuh dan luruh buku itu. Hairan, sudah tau ceritanya, mahu baca apa lagi?

Novel-novel Mama bertanda di bawah. Dia akan melipat muka surat-muka surat kegemarannya. Kebanyakannya adalah dialog-dialog yang berkisar tentang kesusahan dan inspirasi kehidupan. Mama akan membuka helaian bertanda dan mula menangis.

Hairan, sudah tau kekecewaannya, mahu menangis apa lagi?

Mama akan tunjukkan muka surat tersebut kepada Abah dan saya, menunggu kami membacanya. Mahu kami turut sama merasakan hibanya tulisan itu.

Mama ended up kejut kami tertidoq.

“Tak payah la baca Mama, kan dah ada filem.”

“Imaginasi komersial mana sama dengan imaginasi personal.”

Anis

Kalau saya jadi Anis, kemungkinan besar saya telah lari ikut lelaki lain kerana tekanan belajar daripada kedua-dua abangnya yang belajar di universiti luar negara.

Namun Anis baik-baik sahaja belajar di tanah air,

dan buah hatinya juga takut nak melarikan dia.

Jangan kata bawak lari, jumpa kami pun malu-malu.

Walaupun abang-abangnya mempunyai latar belakang pendidikan agama yang ekstra, hanya Anis yang akan menadah tangan membaca doa sebelum belajar,

sebelum makan,

sebelum naik kenderaan

- macam Mama.

Abang-abang dia baca dalam hati, Insya Allah…

Anis akan demam setiap kali menjelang peperiksaan.

Setiap kali.

Hairan, belajar sampai demam?

Kalau saya seistiqomah berdoa macam Anis, dan ada kabel yang cekang dengan Tuhan, saya berdoa saja agar Dia tolong saya dalam peperiksaan. Tak perlu sampai demam-demam.

Masalahnya kabel saya tak cekang.

Aina

Aina ada tolerance yang tinggi sebab selalu berkawan dengan Anis dan Ali.

Anis tu walaupun kuat berdoa, pembuli.

Berapa kali Aina menangis kerana dibuli kakaknya.

Selalunya Aina menangis bukanlah kerana dipukul, tapi kerana dia cuba faham apa yang kakaknya mahukan daripadanya.

Cuba memahami perempuan itulah jadinya.

Dalam teresak-esak, Anis akan ajak Aina tengok Runningman dan Aina akan kata JOM!

Dan dengan magisnya mereka akan gelak menari bersama macam tak ada apa-apa terjadi.

Hairan.

Aina juga ada krisis dengan Ali yang sentiasa merasakan dirinya matang.

Ya, budak sekolah rendah itu fikir dia tahu semua benda.

“Hang eja nama hang pun salah!” Aina bagi sekali.

Namun, sejak Anis tinggal di kampus, Ali sahajalah teman Aina.

Teman, tapi tak mesra.

Bergaduh keliling rumah.

Sebagai seorang abang soleh, saya cuba meleraikan pergaduhan mereka

“Awat hampa bergaduh ni?”

“Kami pun tak tau tapi kami rasa nak gaduh!”

Pun begitu, Aina jugalah yang pergi menemani Ali ke kelas, yang mana saya rasakan satu perbuatan murni dan patut diberi pujian.

“Baguih hang Aina, pi hantaq Ali pi kelaih”

“Satu hari 5 kupang Mama bagi upah.”



Saya teringat Mama, Anis dan Aina saling mendandan rambut masing-masing, sambil membaca dan mendengar berita-berita tentang penindasan wanita di serata dunia, atas alasan wanita itu jantina kelas kedua.

Tak.

Mereka bukan kelas kedua.

Mereka kelas tersendiri.

Selamat Hari Wanita Sedunia :)

28.2.13

Fadli


Saya dan Fadli selalu berbasikal bersama ke kolej. Kemesraan kami berdua memang menjadi buah mulut teman-teman lain yang cemburukan hubungan ikhlas kami.

Kami sangat rapat sehingga Mr Derick, pensyarah Bahasa Inggeris pernah menggelar kami

Muderly and Faderly.”

Saya fikir dialah teman sehidup semati saya, sampailah satu hari kami diserang tebuan semasa sedang mengayuh basikal pulang dari kelas.

“Palee tolong akuuuu!” Laung saya kepadanya. Cermin mata saya sudah terjatuh di atas jalan raya selepas saya mengibas-ngibas muka menghalau serangga berbisa itu.

Meraba-raba saya cari cermin mata. Setelah memakainya semula saya mencari Fadli.

Dia nun jauh di sana, masih bersungguh mengayuh takutkan tebuan.

Tak guna.

Disebabkan keintiman kami, ada ura-ura yang mengatakan kami gay.

Kami tak gay. Kami berukhuwah kerana Allah. Cee.

Tak, kami berdua punya buah hati masing-masing, ketika itu.

Mereka perempuan alhamdulillah.

Buah hati Fadli namanya Ya, rakan sekelas kami juga.

Satu hari disebabkan mulut saya yang celupar, saya telah bergaduh dengan Ya.

Berhari-hari juga perang dingin.

Saya yang bersikap possessive ingin mendapat kepastian daripada Fadli

“Weh hang sokong aku ka awek hang?”

“Tak boleh decide doh.”

“Awat?”

“Dua-dua aku sayang.”

Aww, sho shweet.

Seperti kawan-kawan baik lelaki yang lain, kami saling mempersendakan fizikal antara satu sama lain sebagai cara menunjukkan kasih-sayang.

“Hang pendek sangat Palee, macamana pun aku terpaksa pandang rendah dekat hang.”

“Kau kurus sangat Mat, kalau kau masuk penjara kau boleh escape dari celah besi.

Tapi satu hari Fadli tiba-tiba berubah. Saya berasa sungguh hairan bercampur terharu bila dia mula memuji saya

“Mat… muka kau umpama bulan…”

“Berseri macam tu sekali?”

“Tak, ada kawah.”

 
Selamat Hari Lahir Fadli Mohd Din :)

Semoga dirahmati Allah selalu.

Semoga dapat kerja gaji beribu.

Semoga kahwin kekal anak cucu.

Semoga tinggi

err macam aku?

Hah kena!

25.2.13

lumba katak


Dahulu semasa saya tinggal di asrama sekolah luar bandar, kami ada satu permainan yang dipanggil lumba katak.

Kami anjurkan di bilik basuh baju yang panjangnya lebih kurang 10 meter. Peserta akan bersedia dengan postur kaki katak di dinding, dan akan menolak kaki mereka menggelongsor secara meniarap ke dinding yang satu lagi.

Siapa sentuh dinding dahulu menang.

Ada banyak strategi untuk menang.

Ada yang letakkan sabun di badan untuk perjalanan yang lebih licin.

Ada yang cuba meminimakan pakain untuk mengurangkan geseran.

Tak tak, saya tak main.

Saya penonton yang hanya suka perhati gelagat orang :)

dan bersorak untuk kawan sebilik,

dan yang paling kuat ketawa :D

Seorang pengadil akan duduk bertinggung di tepi barisan peserta, untuk  membuat kiraan dan melepaskan peserta.



Suatu hari kawan saya yang hanya memakai seluar dalam, berbaris di sebelah pengadil.

Seperti kebanyakan pengadil profesional di kaca tv, pengadil hari itu membuat kiraan dan melepaskan peserta, sambil menjatuhkan tangganya dari atas ke bawah

"Satu...

...Dua...

Tiga!"

Jari pengadil itu terpaut seluar dalam kawan saya!

Cuuuuu~

Menggelongsor kawan saya, laju sungguh!

Sentuh sahaja garisan penamat, dia bangun dengan bertelanjang bulat dan berlari ke arah saya

"Yay aku menang!"

19.2.13

Setahun sudah


Hanya ada dua nama yang pernah aku jerit ke hujung tekak.

Kau,

dan Tuhan.

Dan telahku sebut nama Kau dahulu - berkali-kali, sebelum Tuhan.

Kerna aku fikir, Kau akan dapat dengar apa aku rasa jika aku jerit nama Kau seraung suara.

Tak, Kau tak dengar.

Aku ragu Kau cuba.

Tapi malam itu aku terjelepok di kaki lima, di tepi jalan desa.

Melutut kepada Kau, separuh menyembah.

Menangis mengalahkan budak kecil, berhingusan teresak menggenggam dada kiri, cuba meredakan sakit di hati.

Tak sangka hati manusia bole literally sakit.

Tak sangka sehingga begitu.

Aku sedar selama ini aku telah menjerit nama yang salah.

Nama yang kuingat tuan empunya kepada hati carik ini.

Lalu terjerit juga nama Tuhan,

Tuhan yang selama ini entah di mana.




"Allah tolonglah aku!"

"Allah!"

"Tolongla aku..."

Dengan tak malunya menagih simpati Kuasa yang wujudnya dipersoalkan,

dipejam matakan.

Langit kelabu tak berawan malam itu meski luas, tak terdongak aku menahan hina.

Mujur tiada sesiapa yang lalu-lalang.

Mungkin kerana lewatnya malam.

Selewat dosaku.

Sudah lebih setahun malam itu.

Terima kasih Tuhan.

16.2.13

Ford Putih


Itulah kereta saya.

Kereta ini asalnya dibeli second hand oleh sorang senior

kepada senior

kepada senior.

Kalau boleh ditelusuri sirah kereta ini, ada kemungkinan ia dibawa masuk bersama kapal convict dari Great Britain semasa membuang penjenayah ke Australia. 

Kereta saya sangat murah. Saya belinya dengan harga 600 Dollar.

Saya repair 200 Dollar.

Kemudian kena saman 500 Dollar.

Menjadikannya 1300 Dollar, lebih mahal dari kereta second hand di pasaran.

Duit tak berkat mungkin.

Kereta saya sangat usang, sehingga bila saya langgar kereta orang lain, mereka yang akan membayar duit kepada saya, kerana tak sanggup melihat keadaan daif kami.

Kereta saya dan saya ada banyak persamaan, ada kimia (chemistry?). Dari segi penampilan luaran, kereta saya pernah kena hailstorm lalu menjadikan badannya berlekuk-lekuk, seperti parut jerawat saya.

Walaupun luarannya jelik, tapi enjin, gear, piston dan machinery dalamannya yang lain (yang saya tak tahu kejadahnya nama) berfungsi elok.

Sama seperti saya. Hik.

Kereta saya ekzosnya patah, lalu mengeluarkan bunyi yang maha dahsyat. Bila saya memandu di lebuh raya, banyak kereta yang memberikan laluan kerana takut dilanggar kenderan diesel bermuatan berat.

Kereta saya honnya sangat perlahan. Kadang-kadang saya sendiri tak dengar. Pernah suatu hari saya berasa sangat marah dengan pemanduan kereta hadapan lalu saya tekan hon dengan kuat sekali.

Saya tergelak, lulz.

Walaupun kereta saya bukanlah dalam keadaan yang paling kondusif, dia telah menemani saya selama 2 tahun setengah, membawa saya ulang-alik uni, menanggung drawing dan model architecture yang gabak-gabak.

Kadang-kadang kami keluar petang dan tidur bersama di tepi padang hingga lewat maghrib, dek tekanan keputusan akademik yang merudum.




Malam ni kereta saya tak boleh start.

Ford Putih, tolong jangan mati lagi.

Ada 2 tahun lagi.

Tolong.

3.2.13

what self confidence is


Suatu hari semasa Afif Sani memandu pulang rakan-rakannya dari kelab snooker, kereta mereka ditahan polis. Afif yang berlesen P ketika itu tidak melekatkan huruf P pada cermin kereta. Apparently tiada seorang pun antara mereka yang hafal ayat 1-9 Surah Yasin yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri daripada kecelakaan.

"P mane?" Tanya abang polis setelah memeriksa lesen dan cermin kereta.

"Kami nak pi sana." Jawab Afif berseloroh, sambil menunding kehadapan, dengan yakin.

"Buat lawak eh?" Abang polis tidak termakan. Dia kemudian ternampak satu dek daun terup di belakang kereta lalu menjadi moralis impromptu.

"Korang main judi?"



Afif Sani tenang seperti biasa, meminta daun terup dari kawannya.

"Mana ada bang..." Katanya sebelum mengocok kad-kad tersebut.

"Nah, abang pilih satu."

Abang polis yang separa terkejut dengan keyakinan Afif membuat magis tidak bersyaitan, pun mengambil satu kad.

Chop chop chop

"Kad ni, betui dak bang?"

"Betul... korang boleh jalan."

29.1.13

Auntie Scandi


Dulu ketika kami sedang berjalan keluar dari parkir kereta di bandar Perth, ada seorang perempuan tua berusia dalam separa abad melambai ke arahku.

"Takkan dia pun tengok Youtube?" Amin berjenaka retorik.

"Dia panggil kau tu, pergi la." Hadi menolakku. Hadi seorang pakar menolak orang, sudah lama dia tidak menjadi imam.

"You help me?" Pinta wanita itu, walaupun bunyinya lebih kepada arahan. Daripada tatabahasa dan telor Inggerisnya, dia bukan tempatan. Aku teka Scandinavian.

"Sure. What is it ma'am?"

"Park my car."

"Um ok." Jawabku pendek, hairan.

Keretanya sudah pun selari dengan kotak parkir, apakah kaki Auntie Scandi sudah kekejangan dek perjalanan merempuh trafik ke sini sehingga tak mampu lagi menekan pedal terus kehadapan.




Aku matikan enjin lalu menoleh ke arahnya. Auntie Scandi telah pun menghulurkan tangan. Mahu bersalaman tanda terima kasih barangkali.

Aku senyum, lalu menyambut tangan tua itu.

"No no, give me the key."

27.1.13

of books and girls


Mum seemed to worry on what books I read more than which girl I go out with.

"Idea sangat susah untuk dibunuh compare dengan perempuan."

"So kalau mama tak suka pilihan Muhammad, mama akan bunuh dia?"

"Tak payah bunuh, populariti hang hilang dia blah la."



I grabbed another book.

25.1.13

Cina tadak, India banyak


We stopped at a nasi kandaq restaurant in Kedah yesterday. One of my family's favourites.

Mum said when I was in primary I used to order two drinks regularly:

One is what I call ayaq liuq burung (bird's nest drink) and the other is ayaq sengkuang Cina (water chestnut).

One day I couldn't decide between the two, as choosing one means forgoing my other dear drink. It was one of the toughest moments in my life.




"Adik kicik minum apa?"

"Ayaq liuq Cina."

22.1.13

Misteri kehilangan boxer


I've been suffering lack of boxers lately. Not that I didn't put my dirty clothes in the basket, but they seemed to be disappearing out of mystery.

I asked Makcik who does the laundry, but she said she put them where they belong.

This leaves Ali as the only relevant suspect.

"Weh awat hang pakai boxer aku?"

"Hip-hop. Yo."

21.1.13

Ke nurseri pokok


I followed mum buying vases and soils for her school green project. The Indonesian worker had some difficulty moving all the vases and soils, so mum asked me to help him.




Mum cheekily watched me walking back and forth before loudly asked the worker

"Ada kerja kosong ka?"

17.1.13

對不起


My Chinese grandma's sister with her daughter and her grandchild dropped by the other day. They gave me a calender that had three calender cycles - Gregorian, Chinese and Hijri. I think it's 1Malaysia calender before it was cool.

Yup, that calender I excitedly tore apart in my video.




對不起

My parents weren't home so I was the one who serve and talk to them. They were really impressed when I said I'm going to do masters which I think a bit overrated.

"Buat master banyak pening kepala la auntie. Tekanan."

"Oh manyak plessure ka?"

"Erm, ya. Plessure..."

14.1.13

Wan's mantra


Mum recalled arwah Wan used to recite this mantra to motivate him doing things especially the ones that he's reluctant to do.

"Ada kerja ada gaji - ada kerja ada gaji - ada kerja ada gaji..."




I asked mum when did Wan usually say this.

"Bila Tok hang mintak tolong."

12.1.13

Nasi goreng tak habis


Every morning mum would prepare lunch before she goes to work. Makcik doesn't cook as mum believes her air tangan is the most essential ingredient of a good home-cooked meal.

Mum had to work today, so she cooked nasi goreng before she left, but we didn't finish it. Mum wasn't happy when she arrived home.

"Pasaipa tak habeh ni?"

"Kami tak rasa nak makan."

She sighed and took the remote control before lying down in front of the television. She expressed her frustration.

"Tak mau la masak dinner malam ni?"

"Awat?"

"Nak protes."

11.1.13

Demo di Australia


Beberapa jam sebelum penerbangan pulang ke Malaysia tempoh hari, saya menyertai demonstrasi membantah dasar Apartheid Israel terhadap rakyat Palestin, di tengah bandar Perth.




Walaupun protes tersebut tidak dipimpin oleh seorang Muslim, tidak ada pula imam-imam yang mengeluarkan kenyataan mengharamkan demonstrasi. Malah, ada antara mereka yang turun sendiri untuk berarak. Kami membaca tentang Rachel Corrie yang terkorban menghalang buldozer berperisai Israel. Dia bukan seorang Muslim, tetapi sumbangannya entah lebih mulia daripada sesetengah kita yang berada di dalam bilik pendingin hawa, mengharamkan itu ini.

Ya, ada antara rakan-rakan kami yang cenderung dengan pendapat yang mengharamkan demonstrasi. Seringkali apabila kami tidak berkongsi pendapat yang sama, masing-masing berusaha untuk tidak menyentuh sensitiviti rakan yang lain, ataupun berlagak holier than thou, sebaliknya masing-masing berlumba-lumba untuk berdamai.

"No, no, that is perfectly fine, you have your own opinion." :)

Diiringi dengan senyuman, dan pelawaan untuk menyantuni isu lain yang lebih dipersetujui.

"I support Israel!"

"Hamas is terrorist!"

Kedengaran pekikan dan laungan pro-Zionisme daripada celahan pejalan-pejalan kaki.

Lumrah. Namun, tidak ada antara kami yang mengelabah, jauh sekali mengerah fizikal untuk 'mengajar' mereka yang buta kemanusian itu. Soalnya bukanlah 'dia bersama kita atau dia bersama mereka', tetapi 'adakah kelakuan itu dijamin undang-undang?'

Jika ya, mereka bebas bersuara sedemikian, sebagaimana kami bebas berdemonstrasi.

Tidak ada pula dalam kalangan yang turun ke jalanan menyindir-nyindir rakan-rakan yang tidak mahu ataupun tidak dapat pergi ke medan protes. Biarlah manusia bertindak mengikut pendapat mereka sendiri, atau mungkin mereka perlu menguruskan tanggungjawab yang lebih penting, atau ada kepentingan peribadi yang perlu dijaga.

Balik di Malaysia, saya rindukan mentaliti begini -

Your belief doesn't make you a better person, your behaviour does.

9.1.13

Ali on seniority


Being the eldest, I expect my siblings to not only listen to me but follow orders. Plus, we live in a country where seniority plays a pivotal role in determining who's right and who's wrong. You surely have heard something like this before

Hang budak lagi, jangan nak buat kepala.

So when I asked Ali to get me the nail clipper, I didn't expect him to retaliate like this


Such an ungrateful brother. I'm the who sends and picks him up from classes, who bought him his first skateboard, who let him killed more bots in CS.

And what's with the pig nose?

'Don't bite the hand that feeds you', Ali lulzed.

7.1.13

Makcik Bangsar Jual Jambu


I drove to Sri Hartamas this evening for a meet-up with the production crews. Bad at direction as I always am, I got lost and found myself in Bangsar. I stopped the car by the roadside and walked to a small stall run by this petite makcik.

"Makcik tau dak macamana nak pi Sri Hartamas?"

"Kebetulan makcik memang nak ke sana ambek anak. Kalau nak ikut sekali tunggu la makcik kemas kedai."

So I ended up joining her packing up the stuff. You have no idea how funny that was.

A Wira parked by and girl came out of the car.

"Eh kenapa tak cakap bapak kau ambilkan?"

The makcik and her daughter smiled at me.

"Pandai-pandailah ke Hartamas ye!"

"Ye."

6.1.13

Makcik dan Produk Kosmetik


'Makcik' is what we call our maid. I guess that would make her feel being part of the family, rather than calling her 'bibik'.

When I was in Perth, Makcik made some new friends over here. One of them sells cosmetic products. Makcik has been using the products and her face has turned significantly brighter and seemingly smoother. I was pretty surprised by the transformation upon my arrival home.

"Eh Makcik, cantiknya kulit!"

"Kamu patut cuba sekali."

5.1.13

Kejohanan Badminton Peringkat Rumah


Dolah, my other brother, and I used to play badminton in our house. You know how badminton was so phenomenal back then with Thomas Cup fever and Anak-Anak Sidek craze.

So one time the shuttlecock hit the clock on the wall and dropped it down. It hit the floor so hard that it stopped ticking. Mum was mad and asked us to play outside. After hanging the clock back to its place, and  making sure mom went cooking, we continued playing.

But oh my we hit it again. It felt down for the second time, and mum needed a very good explanation.

"Eh, jam dah bergerak balik la mak!"

I swear it did.

3.1.13

How ladies do it


Cockroaches to Aina is like ignorant people to me, we don't get along well. Everytime she sees one she would quickly call Ali.

"Ali, tolong aku! Ada lipaih."

Ali would come to the rescue and step on the insects like how your mom walks on those reflexology stones - not too fast, but enjoying it. But that little fella was already sleeping just now, so I had to do the job. Aina pointed where she saw the cockroach

"Belakang bantai biru tu."

"Tadak pun."

"Tadi ada..."

"Tadak pun. Alah lipaih ja kot. Tutup mata, tampaq."

So I went back to my room without a catch. Not long after that I smelled strong Ridsect odor coming from next door.

"Hang buat apa ni Aina?!"

"Aku tak jumpak dia, tapi dia ada dalam bilik ni. Jadi aku tutup pintu tingkap semua dan spray bagi dia lemaih."

I know right, that would've got herself killed instead. But hey




2.1.13

Puisi Rako Prijanto



Ketika tunas ini tumbuh, serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus adalah kata
Angan, debur dan emosi, bersatu dalam jubah terpautan

Tangan kita terikat, lidah kita menyatu
Maka setiap apa yang terucap adalah sabda pendita ratu

Ah, di luar itu pasir, luar itu debu
Hanya angin meniup saja, lalu terbang hilang tak ada

Tapi kita tetap menari, menari cuma kita yang tahu

Jiwa ini tandu, maka duduk sahaja
Maka akan kita bawa, semua

Kerna
Kita
Adalah
Satu

Deklamasi dari Cinta



1.1.13

The bom has been planted


Ali, my younger brother asked for Counter Strike for his birthday. We have been playing the game eversince along with my younger sister, Aina. We usually play as a team, but Ali seemed to develop kiasu and got frustrated when he killed the least.

Semua hampa nak bunuh, tinggai la sikit dekat aku.

But he was way too slow; hence we have to kill the enemies ourselves before they get the better of us. Ali ended up playing for the other side.

Mum came and asked Aina what she is doing with the machine gun.

Berjihad!

Mum being mum, looked at the clock and asked Ali

Ni duk berjihad ni, semayang tak lagi Ali? Mana ada orang jihad tak semayang lagi.

To which Ali replied

Terrorist tak semayang.

25.12.12

Innuendo


Mum and I went buy groceries at wet market this morning. She mentioned about her idea of having her own blog.

"Mama nak tulih pasai apa?"

"Pasai jenis-jenis ikan, sayoq, ayam, pasai masak apa..."

"Sapa nak baca benda-benda lagu tu?"

"Blog hang macam tu pun ada orang baca."

Subtle.

24.12.12

Leopard


So my family and I went shopping. Upon seeing this amputated model, my youngest adik asked

"Mana pi tangan dia lagi sebelah?"



"Hang tengok baju dia tu buat daripada apa."

"Leopard."

"Hang ingat leopard tu nak biaq saja ka orang ambik kulit dia?"