8.3.13

Of Mama’s novels, Anis’s doa, and Aina’s tolerance.


Saya dibesarkan bersama 3 sosok kerabat perempuan.

Mama

Mama gemar membaca novel-novel tentang kehidupan seperti The Kite Runner dan Laskar Pelangi.

Berkali-kali dia mengulang novel yang sama sehingga lusuh dan luruh buku itu. Hairan, sudah tau ceritanya, mahu baca apa lagi?

Novel-novel Mama bertanda di bawah. Dia akan melipat muka surat-muka surat kegemarannya. Kebanyakannya adalah dialog-dialog yang berkisar tentang kesusahan dan inspirasi kehidupan. Mama akan membuka helaian bertanda dan mula menangis.

Hairan, sudah tau kekecewaannya, mahu menangis apa lagi?

Mama akan tunjukkan muka surat tersebut kepada Abah dan saya, menunggu kami membacanya. Mahu kami turut sama merasakan hibanya tulisan itu.

Mama ended up kejut kami tertidoq.

“Tak payah la baca Mama, kan dah ada filem.”

“Imaginasi komersial mana sama dengan imaginasi personal.”

Anis

Kalau saya jadi Anis, kemungkinan besar saya telah lari ikut lelaki lain kerana tekanan belajar daripada kedua-dua abangnya yang belajar di universiti luar negara.

Namun Anis baik-baik sahaja belajar di tanah air,

dan buah hatinya juga takut nak melarikan dia.

Jangan kata bawak lari, jumpa kami pun malu-malu.

Walaupun abang-abangnya mempunyai latar belakang pendidikan agama yang ekstra, hanya Anis yang akan menadah tangan membaca doa sebelum belajar,

sebelum makan,

sebelum naik kenderaan

- macam Mama.

Abang-abang dia baca dalam hati, Insya Allah…

Anis akan demam setiap kali menjelang peperiksaan.

Setiap kali.

Hairan, belajar sampai demam?

Kalau saya seistiqomah berdoa macam Anis, dan ada kabel yang cekang dengan Tuhan, saya berdoa saja agar Dia tolong saya dalam peperiksaan. Tak perlu sampai demam-demam.

Masalahnya kabel saya tak cekang.

Aina

Aina ada tolerance yang tinggi sebab selalu berkawan dengan Anis dan Ali.

Anis tu walaupun kuat berdoa, pembuli.

Berapa kali Aina menangis kerana dibuli kakaknya.

Selalunya Aina menangis bukanlah kerana dipukul, tapi kerana dia cuba faham apa yang kakaknya mahukan daripadanya.

Cuba memahami perempuan itulah jadinya.

Dalam teresak-esak, Anis akan ajak Aina tengok Runningman dan Aina akan kata JOM!

Dan dengan magisnya mereka akan gelak menari bersama macam tak ada apa-apa terjadi.

Hairan.

Aina juga ada krisis dengan Ali yang sentiasa merasakan dirinya matang.

Ya, budak sekolah rendah itu fikir dia tahu semua benda.

“Hang eja nama hang pun salah!” Aina bagi sekali.

Namun, sejak Anis tinggal di kampus, Ali sahajalah teman Aina.

Teman, tapi tak mesra.

Bergaduh keliling rumah.

Sebagai seorang abang soleh, saya cuba meleraikan pergaduhan mereka

“Awat hampa bergaduh ni?”

“Kami pun tak tau tapi kami rasa nak gaduh!”

Pun begitu, Aina jugalah yang pergi menemani Ali ke kelas, yang mana saya rasakan satu perbuatan murni dan patut diberi pujian.

“Baguih hang Aina, pi hantaq Ali pi kelaih”

“Satu hari 5 kupang Mama bagi upah.”



Saya teringat Mama, Anis dan Aina saling mendandan rambut masing-masing, sambil membaca dan mendengar berita-berita tentang penindasan wanita di serata dunia, atas alasan wanita itu jantina kelas kedua.

Tak.

Mereka bukan kelas kedua.

Mereka kelas tersendiri.

Selamat Hari Wanita Sedunia :)

108 comments:

  1. meriah umah ang mat.
    seronok kami dok baca

    ReplyDelete
  2. sweet post...haha
    x tau pasaipa gaduh tp rasa nk gaduh.mcm2

    ReplyDelete
  3. What a great story , MAT LUTHFI ! (Y)

    ReplyDelete
  4. Yeah, wanita yang berkelas tinggi!!
    Say yes to her!!
    Terbaik lah MatLuthfi!!

    ReplyDelete
  5. Menarik.. and terima kasih^^

    Selamat Hari Wanita Sedunia X3

    ReplyDelete
  6. seronok baca ni :D meriahh nye rumah dengan adik2 :P

    ReplyDelete
  7. haha , sweet . runningman layan jugak ?? wahh same same :)

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Wanita sedunia :)

    p/s: mana game ikan kat layout sebelah kanan? Dah tak ada. Selalu hari2 bagi makan ikan2 tu. :|

    ReplyDelete
  9. Nice post! :). Berbahagialah hang di samping wanita2 hebat hang.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. :)Begitulah wanita dan kerabat sedarahnya, Selamat hari wanita juga.

    ReplyDelete
  12. So so so so sweet abg yg soleh nie!! hehe :)

    ReplyDelete
  13. ISLAM mmg mninggikan martabat seorg wanita..
    thnz akh mat 4 de great entry n wish,,
    =)

    ReplyDelete
  14. aku bace mcm ad satu aura menusuk la mat..baik nie..baik

    ReplyDelete
  15. terbaekk lhaaa !
    cengginii (Y)
    wanitaa . .
    mereka kelass tersendiriii ^^

    ReplyDelete
  16. nice ;)

    suka lelaki y punya respect pada perempuan .

    ReplyDelete
  17. ye... agreed ngan Luthfi :) wanita punya kelas tersendiri bukan kelas kedua :)

    eheheh... nice entry... saya pun macam mama awak... baca novel ulang2..tak kan pernah bosan... :)

    ReplyDelete
  18. Anis, aina, ali, tp cmne mat luthfi nama dia hurup L? Ke nama dia sebenarnya Amatluthfi?

    ReplyDelete
  19. best ada adik beradik ramai.gaduh2 pun at the end bersatu kembali.alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  20. hg kat umah macam mana mat ngan adik-adik hang..
    sure lawak hahaha

    ReplyDelete
  21. i grew up in a house full of boys(only three elder brothers actually hehe) seronok juga klu wktu membesar tu ada kakak atau adik pompuan. boleh geng. geng dgn mak saja la... nice slice of life by the way, kisah wanita2 di rumah.

    ReplyDelete
  22. nice! meriah rumah hang dgn adanya 3 orang wanita ini. =)

    ReplyDelete
  23. yup wanita special class.. terbaik..

    ReplyDelete
  24. beauty~~~ ☆ミ(o*・ω・)ノ

    ReplyDelete
  25. Hang buat buku nanti ak konfem beli,nice matluthfi....selamat hari wanita

    ReplyDelete
  26. luthfi tu dok teringat@rindu kt adek beradek dia la tu...tu sbb tulis entri camtu... :D same as me klu berasa rindu kt depa sy pn akn bercerita kt kwn2 and roomate sy... sy ad 6 adek, 2 girls and 4 boys...just imagine that...haha mmg meriah sgt...hingaq dok layan depa gadoh...sweet... :D

    ReplyDelete
  27. Terbaek dik...post hg slalu buat akak gelak n geleng pala sorg3 dgn loklaq hg ni :-)

    ReplyDelete
  28. Abdullah Fahmi, Anis, Ali & Aina..
    Matluthfi je tak start ngan huruf A..hehe..:)

    ReplyDelete
  29. Anis selalu demam time exam sebab Allah nak kafarah dosa2 dia. biar tenang & mudah je jawab exam nanti.

    “Awat hampa bergaduh ni?”
    “Kami pun tak tau tapi kami rasa nak gaduh!”
    (dialog ni memang terbaik!)

    wanita ni makhluk special. mereka x perlu difahami (sebab memang xkan faham pon).. hanya perlu disayangi. betul ke?

    ReplyDelete
  30. alhamdulillah,,selamat hari wanita sedunia..

    ReplyDelete
  31. aina dan ali macam adik saya ain dan amin...boleh bergaduh bile2 masa ikut suka mereka..

    tp akan jadi monyok dan bisu kalau salah seorang takde..

    ReplyDelete
  32. Terbaik!


    Aku harap dapat jadi abang sebagus kau, mampu banggakan adik² dan ahli keluarga lain.

    ReplyDelete
  33. boleh panggey ampa a.samad said jr wannabe? hahaha.

    ReplyDelete
  34. mat, awat hang suwit sangat? selamat hari wanita sedunia :) terima kasih buat entri untuk kami

    ReplyDelete
  35. ang mmg superb laa maat..cek selain tengok running man tengok video ang pon cek dah gelak2 guling2.. video ang kira mcm best mind therapy...hahaha

    ReplyDelete
  36. So much in love....
    Just perfect!

    ReplyDelete
  37. matluthfi, adalah lebih baik jika anda menterjemahkan idea2 penulisan anda dalam buku. :)

    ReplyDelete
  38. Smile then laughing while reading this. Awesome.

    ReplyDelete
  39. so sweet tulis pasal girl dalam family sniri..
    :)

    ReplyDelete
  40. nak jadi sebahagian dr keluarga ni ! nanti bila hari wanita sedunia, dia pon akan wish kat isteri dia jugak iaitu saya.. wakakakaka XP

    ReplyDelete
  41. Anis aina ali..penink baca tp bez..mnarik:-)

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  43. salam..suka baca entry ni..awak mmg kna bersyukur sebab dapat family happening mcm ni..smoga berbahagia ya mat !! :)

    ReplyDelete
  44. matluthfi comelllllll!!!! ad adik pompuan rupenya matluthfi ni...2 org plak 2...:))))

    ReplyDelete
  45. Kelasss ang mat!!
    Video sattuuu! Heehee

    (≧∇≦)/

    ReplyDelete
  46. a daughter.
    a sister.
    a wife.
    a mother.
    an engineer.
    ahamdulillah, a woman. :')

    ReplyDelete
  47. terselit jugak Runningman di situ. hehe... anyway, nice one!

    ReplyDelete
  48. Sweet lah hang ni... tapi awatla lepas bace sy rase terharu?

    ReplyDelete
  49. my name is Anis :3. but all in all. this was awesome.

    ReplyDelete
  50. PRE-LOVED BOOKSTORE.. DAPATKAN BUKU-BUKU BAHASA INGGERIS POPULAR DI SINI...

    http://bangibookseller.blogspot.com/

    ReplyDelete
  51. awesome! berapa banyak adik beradik ko ni?

    ReplyDelete
  52. hahahhahaha... dashyat la hang ni...

    ReplyDelete
  53. Yg dok reply ni mostly kaum wanita...ang tgai pilih saja

    ReplyDelete
  54. "Cuba memahami perempuan itulah jadinya." lulz

    ReplyDelete
  55. memahami wanita sampai nangis .. real

    ReplyDelete
  56. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  57. aku pun pelik..kadang2 aku memang saja ja carik gaduh dengan abg dgn adik lelaki aku..walhal depa tak kacau aku pun? time depa dok syok tengok tv ka, main pc ka, aku datang dekat aku luku kepala depa..lepaih tu terjadi la episod kejar mengejar keliling rumah sambil tarik2 baju, sebab depa nak luku balik kepala aku..umoq dah masuk 25 pun aku masih di takuk yang lama..hahaha! well done lutfi

    ReplyDelete
  58. man with manners always handsome. ^^

    ReplyDelete
  59. Aku sangat kagum dengan parents hang mat..boleh tulis tentang depa?aku teringin nak belajar jd ibu mcm mak hang so aku boleh didik anak-anak (bakal) jadi pemimpin ummah masa depan..

    ReplyDelete
  60. What a sweet family :) Hang ada wanita2 hebat yg always support hang dalam hidup. So, appreciate them. Btw, I love this kind of writing, nice and superb! Keep it up matluthfi ^^

    ReplyDelete
  61. sweet family, yg indah itu budi bhasa, yang cantik itu iman yang manis itu ikatan kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang...:)

    ReplyDelete